Kerjaya Rita Nadira

Mewarisi bidang pemodelan daripada kakaknya, Rita Suraya. Rita Nadira mula bergiat aktif sebagai model, pada masa yang sama menceburi bidang lakonan.[1][4] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2019 menerusi telefilem Kisah Seram Hostel di Astro Citra, ia turut dibintangi oleh Janna Nick dan Wafariena Roslan. Drama pertama lakonannya ialah drama adaptasi novel Jujurlah Nikahi Aku yang dibintangi oleh Alvin Chong dan Uyaina Arshad yang mana beliau memegang watak sebagai Zurin.[5] Beliau kemudian berlakon bersama Redza Rosli dalam drama Juliet yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan dua watak, Julia dan Juliet. Pada tahun 2021, beliau berlakon di samping Fendy Bakry dan Intan Najuwa dengan memegang watak Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bersiaran di TV3.[6]

Rujukan

WikiPedia: Rita Nadira http://www.cinema.com.my/articles/features_details... https://gempak.com/berita-terkini/rita-nadira-putu... https://www.themodelslabkl.com/ritanadira https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://api.hmetro.com.my/rap/2020/07/604925/ikata... https://api.hmetro.com.my/rap/2021/04/698280/keran... https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/01/cin... https://www.mediahiburan.my/saya-kini-solo-peragaw... https://www.remaja.my/model-popular-sambil-belajar... https://www.thesundaily.my/style-life/next-gen/mor...